Posted by : Unknown Sunday 12 January 2014

Permulaan Baharu



 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua,


Ya, terima kasih aku ucapkan kepada sesiapa yang tengah membaca post aku yang tak seberapa ini. Ini kali kedua aku buat blog, tetapi blog sebelum ni terkubur begitu sahaja disebabkan kemalasan aku nak kemas kini. Jadi, aku bertekad nak hasilkan blog baru yang aktif lagi berguna buat agama, bangsa dan negara.
~Pergh, ayat skema buku teks.

Aku pun terkeliru nak buat blog dalam BM ke BI, jadi aku buat keputusan sebulat suara gabungkan sahaja. Senang nak bagi semua orang faham apa yang aku cuba sampaikan nanti. Kalau ada pun post dalam English takkan lah korang tak boleh faham kan? Pandai-pandailah guna Google Translate tu...

Serius aku katakan, aku masih di peringkat bawah. Tapi itu tak menghalang aku untuk berkongsi ilmu yang ada. Ini kerana aku sedar masih ramai lagi mereka di luar sana yang tahu gunakan teknologi yang ada untuk bersosial sahaja. Tidaklah salah, tetapi sebenarnya apa yang kita ada sekarang sebenarnya mempunyai banyak potensi untuk mengubah hidup kita menjadi lebih mudah.

Contoh mudah: Apabila laptop/PC rosak dan perlu di format, caranya tidaklah sesukar yang ramai orang sangkakan. Malah boleh dibuat sendiri tanpa dihantar ke kedai. Percuma lagi, tak membazir duit, buat duit bayar tol lagi berbaloi. Tak perlu pening kepala memikir masalah mudah seperti ini, buat migrain sahaja.

Apa-apa pun, aku akan selalu update blog ini dengan tips dan tutorial yang aku tahu. Software dan crack yang menimbun kat internet ini aku akan cuba himpunkan untuk dikongsi bersama.

Like FB, Follow Google Plus dan Twitter untuk sebarang info terbaru!

p/s: Pasal section anime aku akan cuba jugak update, sesiapa yang minat boleh lah tinjau-tinjau. Huhu~

{ 2 comments... read them below or Comment }

  1. Permulaan Baharu >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Permulaan Baharu >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Permulaan Baharu >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    ReplyDelete
  2. Permulaan Baharu >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Permulaan Baharu >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Permulaan Baharu >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK JI

    ReplyDelete

Every Question Deserves An Answer

Welcome to My World

Popular Post

Followers

Powered by Blogger.

Comment Section

comments powered by Disqus

My Blog List

- Copyright © 2013 fyz-imr | Quasar Shift -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -